LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945
Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945
SKU: 9789834611590
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Ahmad Sohaimi Lazim

ISBN:  9789834611590

HALAMAN:  155

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 15.00
Harga Jualan | RM 12.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Jepun memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan (1941-1945). Namun begitu, pemerintahan yang singkat ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu. Dasar dan pendekataan tentera Jepun (MMA) di Tanah Melayu bercorak keras dan kasar berbanding dengan cara yang diamalkan oleh British. Jepun berhasrat melaksanakan gagasan Kawasan Sekemakmuran Asia Timur Raya. Bagi mencapai hasrat tersebut serta mendapat sokongan politik daripada rakyat, Jepun melaksanakan dasar pendidikan yang memberikan penekanan kepada pembinaan semangat Jepun (Seishin), selain menitikberatkan latihan kemahiran sebagai asas kepada rakyat berdikari menghadapi kehidupan yang sukar ketika itu. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun berbeza daripada sistem British dan mempunyai keunikannya yang tersendiri, walaupun penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Jepun menjadikan pendidikan sebagai alat indoktrinasi untuk mempengaruhi rakyat. Sekolah dan institusi latihan menjadi tempat meniupkan propaganda bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada Jepun.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder