LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Kedua
Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Kedua
SKU: 9789834612672
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Junaidi Tuanku Jaafar

ISBN:  9789834612672

HALAMAN:  392

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 50.00
Harga Jualan | RM 40.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Parlimen ialah lambang dan tempat bermulanya amalan demokrasi sesebuah negara. Begitu juga di negara kita Malaysia. Bermula dari tahun 1909 sebagai Federal Council atau Majlis Persekutuan yang berfungsi sebagai penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Parlimen kita telah bertukar kepada Parlimen yang mempunyia dua Majlis pada tahun 1959 hingga sekarang. Selepas Peperangan Dunia Kedua, Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan 1948 juga berterusan menjadi kuasa penggubal undang-undang Persekutuan Tanah Melayu sebelum menjadi Parlimen dwidewan. Buku ini meneliti detik sejarah penubuhan keahlian Majlis Persekutuan daripada hanya mempunyai 11 orang ahli termasuk Sultan-Sultan dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu hingga wujudnya Parlimen dwidewan di Tanah Melayu dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1963, yang kini mempunyai 222 orang ahli di Dewan Rakyat. Edisi kedua ini banyak berkisar pada kisah penubuhan Parlimen Dwidewan dan penubuhan Dewan Negara yang sekarang mempnnyai 70 orang ahli yang dilantik dari negeri-negeri dan yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong. Buku ini juga mengisahkan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan selepas Parlimen Dwidewan diwujudkan pada bulan September 1959. Untuk melengkapi kisah Parlimen, buku ini juga mencatatkan sejarah pelantikan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan secara ringkas mengisahkan pelantikan Clerk to the Council atau Setiausaha-Setiausaha kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Lakaran sejarah dalam buku ini mengisahkan pertukaran Majlis Persekutuan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948, dan juga persidangan yang diadakan di pejabat Jabatan Kerja Raya dan Bangunan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke bangunan Parlimen yang ada sekarang. Selanjutnya, dipaparkan sejarah perancangan pembinaan bangunan Parlimen, konsep dan falsafah di sebalik rekaannya. Persoalan mengapa perasmian Bangunan Parlimen yang dirancang untuk dilaksanakan pada 31 Ogos 1963 telah ditunda ke tarikh 2 Novermber 1963 juga turut terjawab dalam buku ini. Sementara kita meraikan kejayaan negara dari satu zaman ke satu zaman yang lain, peranan Parlimen sebagai pengesah cara dan pemudah langkah usah dilupakan begitu sahaja. Di England terdapat beratus buku, jurnal, risalah dan penulisan yang mencatatkan dan mengagungkan perjuangan Speaker dan Ahli-Ahli House of Commons, England. Fonomena yang sama terdapat di Kanada, New Zealand, Australia, dan India. Namun, fenomena yang sama tidak dilihat di negara ini. Buku ini sedikit sebanyak cuba membetukan kekurangan ini.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder