|
Institusi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini
SKU: 9789834613983
PENULIS / PENYELENGGARA: Razali Othman ISBN: 9789834613983 HALAMAN: 195 |
SINOPSIS:
Buku Institusi Wakaf: Sejarah dan Amalan Masa Kini ini ditulis hasil cetusan pengalaman, dan penglibatan penulis sendiri dalam institusi wakaf yang diperoleh di pelbagai institusi wakaf seperti di Bahagian Wakaf, Islamic Relief, UK; Merton College, Oxford University; Universiti of Cambridge; Lincoln's Inn, London, dan Istanbul, Turki. Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh penulis di kesemua institusi yang mempunyai sejarah awal amalan pewujudan wakaf tersebut telah digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan pelbagai kajian yang berkaitan dengan institusi wakaf. Hasil daripada kajian-kajian tersebut kemudiannya disampaikan dalam buku ini. Buku ini membincangkan konsep dan asas pensyariatan wakaf yang bersumberkan al-Qur'an, hadith dan ijmak ulama. Hal ini secara langusng menjawab tuduhan para sarjana barat yang mendakwa bahawa institusi wakaf wujud hasil daripada inspirasi dan tamadun asing, seperti Byzantin, Rom, Yahudi, Jerman, Parsi dan Inggeris. Seterusnya, kehebatan peranan dan sumbangan institusi wakaf sepanjang sejarah pemerintahan kerajaan Islam dalam bidang ekonomi, politik dan sosial juga dijelaskan.