|
Reka Bentuk Dentur Sebahagian Boleh Tanggal: Prinsip Bioperlindungan
SKU: 9789834618186
PENULIS / PENYELENGGARA Laith Mahmoud Abdulhadi ISBN 9789834618186 HALAMAN 303 |
SINOPSIS:
Buku Reka Bentuk Dentur Sebahagian Boleh Tanggal: Prinsip Bioperlindungan menerangkan prinsip bioperlindungan yang diaplikasikan dalam proses mereka bentuk dentur sebahagian. Teknik rawatan terhadap pesakit edentulus dengan menggunakn prinsip bioperlindungan mementingkan prinsip-prinsip higin, selain daripada aspek biomekanikal untuk menentukan kesihatan dan pengekalan gigi tupang dan struktur mulut yang menyokong dentur. Prinsip ini memberikan lebih penekanan kepada pemeliharaan struktur mulut yang masih kekal supaya risiko kerosakan kepada tisu mulut dan pengumpulan plak dikurangkan . Prinsip ini telah terbukti berjaya berdasarkan penyelidikan dalam bidang pergigian prostetik. Maklumat yang dipaparkan merupakan sumber rujukan yang lengkap dan terperinci untuk bidang pergigian prostetik. Oleh sebab itu, buku ini amat bermanfaat untuk doktor pergigian, juruteknik pergigian dan para pelajar dalam jurusan pergigian sebagai kes rujukan. Penerangan yang dipersembahan adalah jelas dengan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca tentang prinsip rawatan ini berdasarkan kes rawatan terhadap lokaliti tempatan.