LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Riwayat Ungku Aziz
Riwayat Ungku Aziz
SKU: 9789834614447
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Asmah Haji Omar

ISBN:  9789834614447

HALAMAN:  259

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 50.00
Harga Jualan | RM 40.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan seorang tokoh akademik ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Buku Riwayat Ungku Aziz boleh dilihat sebagai tambahan kepada penulisan tentang tokoh tersebut dalam beberapa karya lain. Buku ini terdiri daripada lapan bab yang menerangkan tentang latar belakang Ungku Aziz, susur galur dan salasilah beliau, ketokohan, kepimpinan serta jasa beliau kepada pembangunan Malaysia. Hubungan yang baik antara penulis dan Ungku Aziz merupakan kekuatan buku ini. Bahan yang menjadi kandungan buku ini sebahagiannya diambil daripada khazanah ingatan penulis sendiri dengan pengalaman bekerja di Universiti Malaya, dan khususnya di bawah pentadbiran Ungku Aziz sebagai Naib Canselor. Khazanah ingatan ini disokong oleh buku-buku catatan harian ketika penulis menjadi Pengarah Pusat Bahasa dan Timbalan Naib Canselor (Perjawatan), Universiti Malaya dan temu bual bersama Ungku Aziz sendiri. Diharap buku ini dapat menjadi pelengkap kepada karya mengenai Ungku Aziz dan menjadi contoh ikutan masyarakat.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder