LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Kecerdasan Pelbagai
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Kecerdasan Pelbagai
SKU: 9789834612221
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah

ISBN:  9789834612221

HALAMAN:  153

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 10.00
Harga Jualan | RM 8.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Kecerdasan Pelbagai ini merupakan satu daripada judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberikan fokus terhadap jenis kecerdasan yang dimiliki pelajar. Umum mengetahui bahawa para pelajar datang daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai kecenderungan, pencapaian, minat serta kebolehan yang berbeza. Setiap pelajar juga mempunyai potensi dan bakat yang berbeza. Cara pelajar belajar dan menghayati sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga berbeza antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain. Buku ini mengandungi empat unit. Unit 1 membincangkan maksud teori kecerdasan pelbagai, keperluan menguasai teori kecerdasan pelbagai dan cara mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai pelajar. Unit 2 pula menyentuh lapan jenis kecedasan pelbagai yang boleh digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Unit 3 menghuruikan kaedah melaksanakan teori kecerdasan pelbagai. Unit 4 mengandungi contoh model pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran. Buku ini diharapkan dapat membimbing guru ke arah menjadikan pengajaran berkesan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder