LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
SKU: 9789834694845
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood

ISBN:  9789834694845

HALAMAN:  617

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 40.00
Harga Jualan | RM 36.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberikan tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuruaikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa sepeti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami bagi mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder