LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Antologi Cerpen Pilihan Dewan Sastera 1990-1999: Titah Paduka Seri
Antologi Cerpen Pilihan Dewan Sastera 1990-1999: Titah Paduka Seri
SKU: 9789834608989
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Amida Abdul Hamid

ISBN:  9789834608989

HALAMAN:  471

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 25.00
Harga Jualan | RM 20.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Titah Paduka Seri merupakan kumpulan cerpen terpilih yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera selama 10 tahun iaitu dari tahun 1990-1999. Antologi cerpen ini menghimpunkan sejumlah 31 buah cerpen hasil karya 31 orang penulis yang terdiri daripada kalangan Sasterawan Negara, penulis mapan dan juga penulis muda yang mula menempa nama dalam dunia persuratan tanah air. Melaluinya , pembaca dapat melihat hasil karya penulis mapan dan penulis baharu yang sama-sama bersaing dalam arena kesusasteraan dalam menghasilkan karya yang benar-benar bermutu. Antara penulis yang punya nama besar; yang turut menjadi penyumbang karya ialah Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Kassim Ahmad, Zaharah Nawawi dan Siti Zainon Ismail. Kekuatan cerpen-cerpen terpilih dalam Titah Paduka Seri, nyata terletak pada tema dan persoalan pelbagai yang digarap sempurna oleh para pengkarya. Antara tema yang diangkat ialah falsafah dan pemikiran, pertembungan budaya dan ideologi yang berbeza, nilai moral dan kekeluargaan, soal cinta, kasih sayang dan ketuhanan, isu-isu berkaitan sains dan teknologi serta ekonomi. Manakala mesej yang cuba disampaikan pula menjurus kepada kebaikan dan kebenaran, peningkatan sahsiah generasi serta sarat dengan nilai-nilai murni yang diserapkan semata untuk diperhalusi oleh para pembaca. Dengan segala apa yang disajikan dalam Titah Paduka Seri, telah menjadikannya sebuah naskah yang begitu berharga; yang wajar dimiliki oleh para pembaca serta menjadi pilihan utama buat peneliti kesusasteraan dan penggiat sastera negara.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder