LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca (Kulit Lembut)
Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Tanda Baca (Kulit Lembut)
SKU: 9789834902209
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Ismail Dahaman

ISBN:  9789834902209

HALAMAN:  466

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 40.00
Harga Jualan | RM 32.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Wacana bahasa lisan dengan bahasa tulisan tidak mungkin dapat dipisahkan dalam erti kata bahawa pertuturan dengan intonasi yang betul harus pula dirakamkan dalam bentuk tulisan yang memakai tanda baca yang tepat. Buku Canggihnya Bahasa Melayu - Sistem Tanda Baca ini mengandungi kaedah yang diperincikan tentang semua jenis tanda baca yang terpakai dalam tulisan Rumi bahasa Melayu terkini. Penggunaan tanda baca yang betul bukan sekadar menjadi gaya penulisan individu ataupun gaya penulisan penerbit buku tetapi juga menjadi alat mekanika yang berfungsi memperkukuh jalinan wacana bahasa tulisan. Kaedah penggunaan tanda baca yang betul ini disediakan untuk penulis dan editor, penerbit buku dan bahan bacaan berkala, pendidik, guru dan penuntut, penulis iklan, pegawai kerajaan dan swasta, serta pengguna bahasa yang prihatin terhadap bahasa Melayu yang canggih. Kandungan buku ini diperjelas dengan: - 18 jenis tanda baca dalam ejaan Rumi yang fungsinya dihuraikan dengan terperinci - 1,178 ayat contoh dalam pelbagai bidang penggunaan. - 170 keping foto penggunaan tanda baca dalam tulisan di tempat awam dan penerbitan sebagai perbandingan. - 71 rumusan penting tentang penggunaan tanda baca.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder