|
Kamus Thai -Melayu Dewan
SKU: 9789836298058
PENULIS / PENYELENGGARA: DBP ISBN: 9789836298058 HALAMAN: 428 TAHUN CETAKAN: 2008 |
SINOPSIS:
Kamus Thai-Melayu Dewan disusun khusus bagi membantu para pelajar di Thailand yang ingin mempelajari bahasa Melayu, terutamanya yang ingin melahirkan pemikiran, idea, gagasan dalam bahasa Melayu melalui penulisan kerana kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa yang produktif sifatnya. Walau bagaimanapun, kamus ini juga boleh dimanfaatkan oleh orang awam yang ingin mempelajari bahasa Thai pada peringkat pemahaman. Kamus ini lahir hasil kolabarasi antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-Prince of Songkhla University (PSU) melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABBM) pada tahun 2000. Pada tahun 2001, DBP dengan kerjasama PSU telah bersetuju merintis kerja untuk menjadikan kamus ini satu kenyataan.