|
Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia
SKU: 9789834614331
PENULIS / PENYELENGGARA: Alis Puteh ISBN: 9789834614331 HALAMAN: 350 |
SINOPSIS:
Peranan bahasa dalam pembangunan dan perpaduan sudah lama dibahaskan oleh para intelektual, sama ada di dalam atau luar negara. Berdasarkan sejarah, peranan bahasa dalam pembangunan dan perpaduan telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Menurut Fishman (1973), untuk membangunkan negara, khususnya negara yang pernah dijajah, perlulah menggunakan bahasa asing. Manakala untuk menyatukan rakyatnya, negara tersebut perlulah menggunakan bahasa kebangsaan. Oleh sebab masih banyak negara yang terpesona dengan pendapat tersebut, maka buku ini cuba seberapa yang mampu untuk turut membicarakan isu ini berdasarkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Semoga buku ini dapat meyuburkan perkembanga ilmu di Malaysia dan mengikis kejahilan penduduk Malaysia dalam isu bahasa, pembangunan dan perpaduan.