|
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Makmal Perubatan
SKU: 9789834609184
PENULIS / PENYELENGGARA: Anuar Ithnin ISBN: 9789834609184 HALAMAN: 224 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Perkhidmatan makmal perubatan merupakan salah satu elemen penting yang menggerakkan sektor perubatan di negara ini. Makmal perubatan di negara ini melakukan kira-kira 240 juta ujian setahun atau bersamaan 650 000 kali sehari. Jadi, pekerja di makmal perubatan sentiasa terdedah kepad pelbagai jenis bahaya memandangkan kekerapan mereka mengendalikan spesimen klinikal. Berikutan itu, perkhidmatna di makmal perubatan memerlukan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) yang khusus untuk mengurangkan risiko bahaya yang mereka hadapi. Buku ini ditulis berasaskan pemerhatian berhubung dengan permasalahan yang dihadapi dalam PKKP dan menjelaskan apa-apa kekurangan yang perlu diatasi. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis selama 16 tahun bertugas di makmal perubatan dan sebahagiannya lagi hasil daripada kajian doktor falsafah (PhD) penulis sendiri. Buku ini sesuai sebagai rujukan mereka yang terlibat dalam PKKP, pelajar institusi pengajian tinggi yang mengkhusus dalam bidang PKKP, serta mereka yang berminat dalam biadng ini.