|
Konsep dan Reka Bentuk Rumah Bonggi
SKU: 9789834614294
PENULIS: Zaimie Sahibil ISBN: 9789834614294 HALAMAN: 96 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Suku kaum Dusun Bonggi merupakan suku kaum awal yang mendiami Pulau Banggi. Suku kaum tersebut masih mengamalkan kehidupan secara tradisional dan masih mendiami rumah tradisional yang unik. Buku ini mengupas tentang konsep dan reka bentuk rumah suku kaum Dusun Bonggi di Pulau Banggi khususnya antara beberapa buah kampung seperti Kampung Kapitangan, Kampung Limbuak Darat, Kampung Palak Darat dan Kampung Batu Layar Darat. Suku kaum Dusun Bonggi menitikberatkan konsep, komposisi reka bentuk dengan mengambil kira proses asas penghasilan rumah tradisional secara terperinci. Kupasan ini dapat melihat konsep dan reka bentuk, penggunaan dan fungsi ruang dan komposisi dengan mengambil kira penggunaan bahan binaan dan jenis ikatan yang digunakan oleh suku kaum Dusun Bonggi. Konsep dan reka bentuk rumah Bonggi memperlihatkan keunikannya tersendiri dari segi tahap seni binanya yang berbeza daripada rumah tradisional suku kaum lain di Sabah. Dalam buku ini juga menjelaskan tentang adat dan kepercayaan suku kaum Dusun Bonggi seperti upacara pemujaan "Geid Nein". Upacara ini diadakan khusus untuk pemilihan tapak dan bahan binaan rumah. Menurut kepercayaan suku kaum Dusun Bonggi upacara ini berfungsi sebagai penyuluh ke arah kebaikan.