|
Model Kemeruapan Pasaran Saham: Teori dan Aplikasi Menggunakan EVIEWS
SKU: 9789834900762
PENULIS / PENYELENGGARA: Chin Wen Cheong, Zaidi Isa ISBN: 9789834900762 HALAMAN: 158 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Model Kemeruapan Pasaran Saham: Teori dan Aplikasi Menggunakan Eviews merupakan koleksi kajian empirik kemeruapan yang merangkumi pasaran saham global dengan menggunakan perisian Eviews. Pembentangan buku ini yang berasaskan kertas kerja ilmiah dapat membantu para akademik yang ingin menerbitkan hasil karya akademik mereka. Buku ini sesuai digunakan sebagai buku rujukan para pelajar prasiswazah dan juga siswazah yang berkecimpung atau yang berhasrat melibatkan diri dalam ekonometrik kewangan. Secara umum, buku ini menitikberatkan keseimbangan dari segi teori dan aplikasi sepanjang penyampaian kandungannya. Selaras dengan tajuk buku ini, perisian ekonometrik Eviews telah dipilih dalam melaksanakan pengendalian data, penganggaran, pemilihan model, diagnosis dan peramalan. Buku ini merupakan salah sebuah buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang membincangkan aplikasi penggunaan perisian Eviews yang jarang-jarang dibicangkan daalam buku lain.