|
Siri Dialog Bahasa ll: Konsep Kesalahan Bahasa -dalam- Bahasa Melayu
SKU: 9789836245755
PENULIS / PENYELENGGARA: Awang Sariyan ISBN: 9789836245755 HALAMAN: 46 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Bahasa Melayu sedang berkembang dengan pesatnya. Kepesatan perkembangan bahasa Melayu ini menimbulkan keperluan ahli-ahli bahasa dan agensi-agensi yang terlibat dalam perancangan bahasa menyalurkan maklumat tentang perkembangan itu kepada masyarakat pengguna bahasa. Sehubungan dengan ini, timbul persoalan tentang cara penyaluran maklumat yang berkesan kepada masyarakat tentang bahasa sebagai unsur yang paling rapat dengan kehidupan mereka. Dalam rangka mencari pendekatan yang berkesan itulah Siri Dialog Bahasa ini direncanakan sebagai suatu percubaan. Mudah-mudahan konsep-konsep bahasa yang sering kali dianggap sukar difahami dan kurang menarik perhatian masyarakat umum dapat disampaikan dengan cara yang mudah dan menarik minat melalui siri ini. Dengan demikian siri ini bersifat sebagai pelangkap kepada buku-buku tentang bahasa yang ditulis secara ilmiah yang pembaca sasarannya adalah ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa. Siri ini memuatkan persoalan-persoalan bahasa yang sering timbul, baik tentang konsep-konsep tertentu mahupun tentang pelaksanaan sesuatu konsep bahasa dalam masyarakat, seperti isu perancangan dan pembakuan bahasa, tatabahasa dan masalah penggunaan bahasa di kalangan masyarakat.