|
Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung: Glosari Dialek Pahang
SKU: 9789834616571
PENULIS / PENYELENGGARA: DBP ISBN: 9789834616571 HALAMAN: 267 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Gloasari Dialek Pahang merupakan salah satu judul dalam Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung. Buku ini mengandungi senarai kosa kata daripada dialek Pahang yang terpilih, yang memberikan keterangan lanjut tentang sebutan, kelas kata dan maknanya. Dijelaskan juga penggunaan setiap kosa kata dalam ayat dialek, cara penyebutan ayat berkenaan berserta dengan simbol fonetiknya, dan padanan ayat dialek tersebut dalam ayat baku. Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan dan mendokumentasikan kosa kata dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia supaya dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya pengkaji bahasa dan budaya Melayu, pelajar dan pendidik.