![]() |
Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung: Glosari Dialek Pulau Pinang
SKU: 9789834616601
PENULIS / PENYELENGGARA: DBP ISBN: 9789834616601 HALAMAN: 331 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Glosari Dialek Pulau Pinang merupakan salah satu judul dalam Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung. Buku ini mengandungi senarai kosa kata daripada dialek Pulau Pinang yang terpilih, yang memberikan keterangan lanjut tentang sebutan, kelas kata dan maknanya. Dijelaskan juga penggunaan setiap kosa kata dalam ayat dialek, cara penyebutan ayat berkenaan berserta dengan simbol fonetiknya, dan padanan ayat dialek tersebut dalam ayat baku. Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan dan mendokumentasikan kosa kata dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia supaya dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya pengkaji bahasa dan budaya Melayu, pelajar dan pendidik.
![]() |
![]() |