|
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Pembelajaran Aktif
SKU: 9789834612191
PENULIS / PENYELENGGARA: Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah ISBN: 9789834612191 HALAMAN: 125 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku Pembelajaran Aktif ini merupakan salah satu judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini amat sesuai untuk semua golongan pendidik yang ingin mempraktikkan kaedah pembelajaran secara aktif semasa sesi pembelajaran. Melalui pembelajaran secara aktif, guru dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang yang dipelajari. Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan tentang pembelajaran aktif, kepentingan pembelajaran aktif, ciri pembelajaran aktif dan peranan guru dalam pembelajaran aktif. Unit 2 pula menyentuh cara memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik dan aktif. Unit 3 mengandungi cara membentuk kumpulan perbincangan. Unit 4 menerangkan pelbagai aktiviti yang boleh boleh dilaksanakan oleh guru dalam pembelajaran aktif. Dalam unit terakhir, iaitu Unit 5, diutarakan contoh-contoh modul pengajaran dan pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran. Buku ini ditulis dengan harapan dapat membimbing guru ke arah menjadi guru yang berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pera pelajar. Diharapkan juga ilmu di dalam buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.