|
Siri Kajian Pemikiran Sasterawan Negara: Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang
SKU: 9789834605155
PENULIS / PENYELENGGARA: Panel Penulis DBP ISBN: 9789834605155 HALAMAN: 573 TAHUN CETAKAN: 2015
|
SINOPSIS:
Buku Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang merupakan himpunan kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang pada tahun 2006. Seminar yang membawa tema "Membina Peradaban Sastera Kebangsaan" ini memberi ruang kepada para sarjana sastera dan intelektual tempatan mengupas serta menganalisis karya-karya Usman Awang dari pelbagai sudut. Antaranya, pembicaraan terhadap karya-karyanya dengan penerapan teori, pembicaraan idealisme Usman Awang dalam penghasilan karyanya, dan pembicaraan Usman Awang dalam peribadinya sebagai pengarang, editor dan sahabat. Sebanyak 27 kupasan dan analisis yang telah dihasilkan dan dimuatkan dalam buku ini. Antara karyanya yang menjadi tumpuan ialah "Jentayu yang Luka", "Tama di Bukit Kenny", "Muzika Uda dan Dara", "Matinya Seorang Pahlawan", "Dirinya", "Kami yang Terlibat", "Degup Jantung", "Salam Benua", dan "Tulang-tulang Berserakan". Buku ini sesungguhnya menampilkan pelbagai dimensi rupa dan jiwa Usman Awang sebagai manusia biasa, sebagai aktivis sastera dan sebagai pengarang pelbagai genre - cerpen, drama, novel dan puisi. Selain itu, buku ini juga akan menambah khazanah persuratan kita yang membicarakan Usman Awang. Semakin banyak penerbitan tentangnya, semakin lengkaplah pemerhatian serta penilaian terhadap diri Usman Awang sebagai seniman, sasterawan dan karya-karyanya.