|
Teori Sistemik-Fungsional Dalam Stilistik
SKU: 9789834609085
PENULIS / PENYELENGGARA: Mohammad Fadzeli Jaafar ISBN: 9789834609085 HALAMAN: 284 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku Teori Sistemik-Fungsional dalam Stilistik ini menerapkan kerangka nahu sistemik dan fungsian dalam teks sastera Melayu. Penerapan nahu sistemik-fungsian dalam buku ini tertumpu pada ayat kompleks, iaitu ayat hipotaksis dan perataksis. Kerangka nahu ini dipilih kerana nahu fungsional adalah nahu yang natural, yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa berfungsi. Aplikasi nahu sistemik-fungsian ini dibincangkan dalam konteks stilisik. Buku ini secara komprehensif membincangkan struktur, makna dan gaya ayat kompleks dalam teks sastera Melayu. Lebih menarik lagi, buku ini turut membincangkan gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa Melayu. Buku ini bermanfaat kepada pengkaji, pengajar, pelajar dan penggemar bahasa Melayu yang ingin mengetahui bagaimana bahasa digunakan dalam karya sastera Melayu. Aplikasi teori bahasa terhadap karya sastera akan dapat meningkatkan pemahaman pelajar, khususnya tentang bagaimana sesuatu ayat kompleks dan perbualan dianalisis secara stilistik.