|
Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Kanser Payudara
SKU: 9789834612290
PENULIS / PENYELENGGARA: Norsa'adah Bachok ISBN: 9789834612290 HALAMAN: 123 TAHUN CETAKAN: 2013 |
SINOPSIS:
Setiap wanita ada risiko untuk menghidap kanser payudara! Lebih membimbangkan jika ada ahli keluarga yang pernah menghadap penyakit tersebut, risikonya akan bertambah lagi. Satu fakta yang bukan rekaan, mengerunkan tetapi itulah kenyataannya. Kisah benar perjalanan hidup pesakit kanser menghadapi derita kesakitan dijadikan iktibar kita semua. Buku Apa yang Anda Perlu Ketahui tentang Kanser Payudara mengandungi perincian tentang semua aspek berkaitan kanser payudara. Maklumat dalam buku ini adalah untuk menyedarkan semua golonga wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan menjalani ujian saringan kesihatan sebagai langkah pencegahan awal. Sebarang kelainan bentuk atau ketulan pada payudara perlu dirujuk kepda doktor secepat mungkin dan jangan berlengah lagi. Senario melengahkan atau menunda rawatan setelah didiagnosis kanser malah berpaling kepada rawatan alternatif sering mengancam nyawa pesakit kanser payudara. Kecenderungan untuk mempercayai perubatan tradisional dapat menghilangkan ketulan di payudara menyebabkan banyak pesakit kanser terpedaya. Akhirnya, pesakit kanser payudara yang telah kornik datang berjumpa doktor. Malangnya, peluang untuk sembuh adalah tipis dan mereka yang menemui ajalnya. Ingatlah, sayangi diri sendiri dan jangan biarkan air mata insan tersayang menangisi kematian lantaran kesilapan dan kealpaan yang akhirnya memakan diri.