LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.

Dasar Privasi / Syarat Penggunaan dan Penafian

POLISI
Koperasi DBP (M) Berhad sedar akan keperihatinan anda dalam mengetahui bagaimana maklumat anda digunakan. Oleh yang demikian, notis ini menerangkan tentang polisi privasi kami. Dengan melawat ke www.koopdbp.com.my, anda menerima cara guna, sebagaimana yang tertera pada Notis hal Privasi ini.

POLISI PIVASI
Koperasi DBP tidak akan menggunakan / mendedahkan maklumat peribadi anda untuk apa saja tujuan tanpa persetujuan anda. Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk makluman sebarang pertanyaan, mengendalikan aduan, menyediakan notis operasi, penyimpanan rekod dan pemberitahuan berkenaan dengan pembelian anda.

Portal kami juga menjadi penghubung kepada lelaman lain dan portal pihak ketiga. Capaian anda ke lelaman ini tertakluk kepada amalan polisi privasi mereka. Walaupun kami menyokong privasi di internet, Koperasi DBP tidak bertanggung jawab atas sebarang tindakan oleh lelaman pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca polisi privasi di setiap lelaman yang anda capai, sama ada yang anda capai melalui portal kami atau portal yang anda capai sendiri.

Institusi kewangan pihak ketiga mengendalikan gerbang pembayaran Koperasi DBP. Institusi ini menerima nombor kad kredit dan maklumat pengenalan diri hanya untuk menentusahkan pengguna dan proses transaksi. Ini adalah amalan piawai untuk tujuan keselamatan.

POLISI KESELAMATAN

  1. Koperasi DBP (M) Sdn. Bhd memastikan perlindungan maklumat Portal Koperasi DBP www.koopdbp.com.my menggunakan teknologi Soket Penapis Keselamatan\Secure Socket Layer (SSL) untuk menghalang sesetengah maklumat daripada dipintas dan dibaca semasa ia dihantar melalui internet. Maklumat peribadi yang diberikan untuk mewujudkan akaun mahupun melakukan transaksi pembelian dengan pihak kami adalah selamat melalui penggunaan teknologi tersebut.

    Keselamatan Kata Laluan
    Kami berusaha untuk melindungi maklumat pengguna termasuk mewujudkan pengenalan pengguna bila membuka akaun dengan kami. Simpan kata laluan anda dan rahsiakannya. Anda hanya perlu memasukkan pengenalan pengguna dan kata laluan untuk berurusniaga dengan kami.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN
Selamat datang ke www.koopdbp.com.my. Portal ini mempunyai terma penggunaan tersendiri. Dengan mencapai sebarang bahagian daripada portal ini anda dianggap menerima terma penggunaan, polisi dan garis panduan di laman web kami www.koopdbp.com.my

  1. Perilaku Dalam Talian (code of conduct)
    Pengguna bersetuju untuk menggunakan portal www.koopdbp.com.my untuk tujuan bukan menyalahi undang-undang. Pengguna ditegah daripada menghantar atau menyiarkan sebarang benda yang menyalahi undang-undang, yang berbentuk berbahaya, mengancam, ejekan, gangguan, fitnah, biadap, lucah, benda-benda yang berkaitan dengan seks, amalan karut, perkara yang membangkitkan kebencian, perkauman, atau perkara lain yang membangkitkan bantahan tidak terhad kepada bahan yang menggalakkan kelakuan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menyusahkan orang awam, atau mencabul mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara, atau antarabangsa melalui www.koopdbp.com.my
    Sekiranya Koperasi DBP (M) Berhad mengenalpasti sebarang bahan yang didakwa melanggar perkara di atas, ia akan disiasat dan ditentukan dengan budi bicara sama ada untuk membuang bahan tersebut, mengarahkan pengguna terbabit membuangnya dari portal www.koopdbp.com.my ataupun mengambil tindakan undang-undang. Koperasi DBP (M) Berhad boleh menyiarkan kandungan atau sebarang bentuk komunikasi elektronik (a) untuk memenuhi keperluan atau kehendak undang-undang, peraturan, atau arahan kerajaan (b) Jika diperlukan untuk operasi www.koopdbp.com.my; atau (c) bagi melindungi hak atau harta dan kakitangan, pengarah, agen, penyedia kandungan pihak ketiga, peniaga, penaja, pelesen atau pengguna lain.

  2. KANDUNGAN
    Anda diingatkan bahawa kandungan di dalam lelaman ini adalah tertakluk di bawah akta hak cipta terpelihara. Justeru ia tidak boleh dipetik, disalin, diedarkan dalam segala cara melainkan dengan kebenaran bertulis dari Koperasi DBP (M) Berhad. Syarikat kami tidak pernah membenarkan penggunaan mana-mana bahan dalam lelaman yang melanggar hak pihak ketiga atau mana-mana syarikat yang berkerjasama dengan Koperasi DBP (M) Berhad. Imej yang terdapat dalam lelaman ini tidak boleh dijadikan harta atau digunakan tanpa kebenaran Koperasi DBP (M) Berhad. Penggunaan imej ini adalah ditegah melainkan jika mendapat kebenaran. Sebarang penggunaan imej tanpa kebenaran akan mencabuli undang-undang, undang hak cipta, undang-undang tanda dagang, undang-undang privasi dan publisiti, dan peraturan komunikasi serta undang-undang statut.

PENAMATAN PERKHIDMATAN
Koperasi DBP (M) Berhad boleh menggantung atau menamatkan keahlian dan kata laluan anda ke www.koopdbp.com.my - atas budi bicara tanpa sebarang notis. Penggangtungan dan penamatan akan dikuatkuasakan apabila Koperasi DBP (M) Berhad percaya bahawa anda telah melanggar dan bertindak tidak selaras dengan Syarat ini termasuk mencabul berkait dengan undang-undang atau mendatang keburukan terhadap kepentingan ke atas penyedia kandungan atau pengguna lain.

AKAUN, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN
Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan akaun di www.koopdbp.com.my anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti akaun anda.

PENAFIAN
Anda sepenuhnya memahami dan bersetuju bahawa Koperasi DBP (M) Berhad tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan Dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") Dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE"). www.koopdbp.com.my sepenuh-penuhnya Dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. www.koopdbp.com.my tidak memberi jaminan bahawa

  1. Portal Koperasi DBP (M) Berhad tidak terganggu Dan bebas daripada kesalahan;

  2. kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan

  3. Tiada polisi pengembalian Wang jika ketiadaan stok (perlu menukarkannya dengan buku atau item lain yang setara harganya)

Portal www.koopdbp.com.my, perkhidmatan atau e-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan. Anda juga diingatkan bahawa www.koopdbp.com.my tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya dan bahawa anda akan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, atur cara computer atau perkhidmatan www.koopdbp.com.my.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder