LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.

Polisi Penghantaran

Polisi Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier Pos Laju atau syarikat-syarikat kurier yang lain bagi tujuan membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Kadar kos penghantaran kami adalah seperti mana yang tertera semasa anda membuat pembelian di laman web kami.

1) Tempoh Penghantaran

Semenanjung Malaysia:  Tempoh penghantaran bagi pembelian di negari-negeri di seluruh Semenanjung Malaysia ialah selama maksimum 7 (tujuh) hari bekerja.

 Sabah dan Sarawak:  Tempoh penghantaran bagi pembelian di negari Sabah dan Sarawak ialah selama maksimum 14 (empat belas) hari.

Namun begitu, pihak kami akan sedaya upaya akan menghantar pesanan pembelian anda dalam masa yang secepat mungkin.

 2) No Pengesanan (Tracking No) : Selepas penghantaran dibuat, pihak Koperasi DBP (M) Berhad akan mengemaskini status pesanan pelanggan dan para pelanggan akan menerima e-mel yang mengandungi nombor pengesanan penghantaran. Para pelanggan boleh membuat semakan di laman web Pos Laju untuk mengetahui status pembelian anda.

3) Resit : Kami akan sertakan sekali resit bersama dengan pesanan anda supaya anda boleh menuntut bebas cukai pendapatan bagi pembelian buku tersebut.

4) Pemulangan Wang : Kami tidak menyediakan Jaminan Pulangan Wang untuk pembelian buku yang dibuat terus melalui laman web kami.  Jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku tersebut atau dengan kondisi buku itu sendiri, pulangkannya kepada kami dan kami akan menggantikannya dengan buku yang lain. Anda mestilah menyertakan resit pembelian yang asal bersama-sama dengan buku tersebut dan juga menganggung kos pemulangan buku tersebut kepada kami.

5) Sebarang masalah mengenai pesanan anda, sila hubungi kami di:

 E-mel: support@koopdbp.com.my atau

Tel:       03-2145 5501

Faks:    03-2145 5505

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder