|
Cerita Rakya Sabah: Sumandak yang Bertuah
SKU: 9789834617851
PENULIS / PENYELENGGARA: Saindim Sadah ISBN: 9789834617851 HALAMAN: 24 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Cerita rakyat termasuk dalam kelompok kesusasteraan tradisional. Kebiasaannya, cerita rakyat berkisar kepada kehidupan sesuatu kaum atau masyarakat meliputi cara hidup dan perkara-perkara yang menjadi amalan seharian mereka. Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku juga kaya dengan cerita rakyat. Cerita-cerita rakyat ini cuba menyampaikan mesej positif kepada pembaca, khususnya peringkat rendah dalam membina jati diri di samping mengenal akal budi sesuatu kaum. Budaya kenal mengenal ini akan melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.