|
Citra Institusi Islam di Malaysia: Tanggapan dan Kefahaman
SKU: 9789834901363
PENULIS / PENYELENGGARA: Noor Aini Mohd Salleh ISBN: 9789834901363 HALAMAN: 153 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku ini menampilkan perbincangan yang difokuskan kepada imej institusi Islam. Perbincangan yang ditampilkan dalam buku ini berasaskan dapatan kajian terhadap laporan akhbar yang berkaitan dengan sesebuah institusi Islam dan pelbagai reaksi umum yang timbul terhadap imej institusi Islam. Perihal sesebuah institusi Islam dikupas bermula dengan asas permbentukannya, kemudian beralih kepada imej institusi tersebut. Seterusnya, buku ini memaparkan kefahaman dan tanggapan masyarakat terhadap imej institusi Islam. Penulisan buku ini juga mengetengahkan komponen imej institusi Islam, pembentukan fahaman dan tanggpan umum terhadap institusi tersebut. Secara umumnya penulis mendapati bahawa tanggapan masyarakat tertumpu kepada aspek perkhidmatan dan penawaran produk oleh sesebuah institusi. Penemuan ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat yang akan menentukan baik buruk imej sesuatu institusi.