|
Kanser Payudara: Teman ke Akhir Hayat
SKU: 9789834609696
PENULIS / PENYELENGGARA: Hasanah Che Ismail ISBN: 9789834609696 HALAMAN: 320 TAHUN CETAKAN: 2011 |
SINOPSIS:
Kanser satu perkataan yang cukup mengerikan untuk didengar apa lagi jika diri sendiri yang mengalaminya. Kanser payudara dilabel sebagai kanser pembunuh utama wanita, tidak mengenal bangsa, umur, kaya atau miskin, berjawatan tinggi atau sebaliknya. Kerakusan kanser ini mampu membnuh wanita dalam jangka masa yang singkat, terutamanya kepada pesakit yang memang kronik. Penulis buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat ini ialah seorang pemandiri pesakit kanser payudara. Rakaman kisah hidup beliau berjuang untuk melawan kanser digarap bersama-sama aduan rakaman pengalaman pesakit beliau memberikan satu kelainan dan mewarnai sepanjang perjalanan buku ini. Segala kesakitan terpaksa diharungi demi untuk terus hidup dan bernafas, dan pastinya ada yang tewas ketika perjuangan belum selesai. Melalui maklumat yang terdapat di dalam buku ini, pembaca boleh memahami bahawa kanser payudara merupakan satu bentuk ancaman yang berbeza dari segai bahayanya dan juga setiap penghidap mempunyai daya tahan yang berlainan. Anggaplah buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat ini sebagai cenderahati daripada penulis dan mampu dijadikan 'teman' bermaklumat untuk memberikan panduan kepada pembaca tentang perawatan demi mengembalikan diri ke arah kesihatan yang menyeluruh.