|
Panduan Menulis dan Mengeja Jawi Edisi Kedua
SKU: 9789834607784
PENULIS / PENYELENGGARA: Hamdan Abdul Rahman ISBN: 9789834607784 HALAMAN: 340 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Setelah berlalu kira-kira satu dekad, edisi awal buku Panduan Menulis dan Mengeja Jawi sudah tiada lagi dalam pasaran sedangkan semakin ramai para guru dan pelajar yang ingin mempelajari dan memperdalami selok-belok tulisan dan ejaan Jawi. Oleh itu, tibalah masanya diterbitkan edisi kedua yang mengekalkan hampir keseluruhan kandungan buku edisi pertama dengan pindaan beberapa bahagian yang kurang jelas, serta ditambah beberapa maklumat tentang permasalahan baharu dalam sistem ejaan Jawi. Di samping itu, dijelaskan juga cara pemanfaatan komputer untuk memproses kata dengan menggunakan huruf Jawi. Harapan penulis, edisi kedua ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan dapat membantu para penulis berkarya dengan menggunakan tulisanJawi.