|
Sinergogi Bina Upaya Insan Glokal Edisi Kedua
SKU: 9789834614201
PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd. Nor Anuar ISBN: 9789834614201 HALAMAN: 222 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Dalam buku Sinergogi Bina Upaya Insan Glokal Edisi Kedua, penulis memaparkan realiti betapa perlunya sinergogi dijadikan landasan berfikir dan bertindak dalam konteks membentuk masyarkat golokal, iaitu sebuah masyarakat atau organisasi yang terbuka terhadap unsur-unsur pendidikan bagi membina keupayaan stragegik seperti kolaborasi, rekreasi intelektual, perkongsian dan potensi bagi menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Keupuayaan strategik merupakan prasarana emosi yang penting untuk menangani dilema di Malaysia dalam membentuk masyarakat glokal, iaitu masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama selaras dengan tahap prasarana fizikal yang bertaraf dunia pertama. Pendidikan guru sebagaimana proses pendidikan negara secara keseluruhannya merupakan usaha berterusan dan menjadi agenda negara untuk melahirkan warga guru yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini merupakan kehendah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sistem pendidikan guru menjadi saluran kelahiran bakal pendidik dan pelbagai komponen yang disinergikan untuk menghasilkan ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi prasyarat kelahiran mereka. Oleh itu, buku ini ditulis untuk menyebarkan maklumat tentang sinergogi yang masih terhad penerbitan dan kefahamannya dalam kalangan pendidik di negara kita. Di samping itu, penulis ingin mengajak para pendidik mempelbagaikan perspektif pendidikan supaya tidak terkongkong dengan satu perspektif sahaja. Prinsip berfikiran secara global dan bertindak secara lokal (glokal) dipegang dalam perspektif sinergogi.