|
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3: Binaan Ayat
SKU: 9789834613747
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus ISBN: 9789834613747 HALAMAN: 106 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah diterbitkan dengan tujuan untuk menghuraikan ciri-ciri utama tatabahasa bahasa Melayu dengan cara yang ringkas, jelas, dan senang difahami oleh murid-murid sekolah rendah. Hanya istilah-istilah yang diketahui pada tahap sekolah rendah digunakan, kandungannya berdasarkan sukatan pelajaran terkini. Terdapat 26 pelajaran yang dipecahkan kepada tiga buah buku, iaitu Buku 1: Bentuk Kata, Buku 2: Golongan Kata, dan Buku 3: Binaan Ayat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3: Binaan Ayat menumpukan perhatian kepada aspek ayat atau sintaksis. Terdapat tujuh pelajaran yang membincangkan pelbagai aspek binaan ayat dalam bahasa Melayu.